Sekolah Kebangsaan Kampung Simunul, Semporna, Sabah

SK Kampung Simunul, Semporna adalah antara sekolah yang terdapat dalam Daerah Semporna, Sabah. Sekolah yang pada awalnya wujud di lokasi sementara kini mempunyai bangunan konkritnya sendiri sebagai sekolah yang berstatus gred A dengan jarak hanya lebih kurang 2 kilometer dari Bandar Semporna.

Misi Sekolah

Melahirkan anak didik yang cemerlang, berketrampilan dan berakhlak mulia; memupuk budaya sains di kalangan pendidik dan anak didik sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah, menyediakan prasarana dan iklim sekolah yang baik; menjalin perpaduan dalam segenap agenda utama pendidikan.

Visi Sekolah

Meletakkan sekolah sebagai institusi ilmu yang berwibawa; meningkatkan sekolah pada tahap yang membanggakan di peringkat daerah/bahagian dalam tempoh 3 tahun; mencapai kecemerlangan akademik, disiplin dan ko-kurikulum antara yang terbaik di peringkat negeri dalam tempoh 5 tahun.

Matlamat Sekolah

Warga pendidik sekolah ini yang mempunyai keupayaan dan kebolahan ikhtisas perguruan akan berusaha memberi pendidikan optimum secara berterusan demi kecemerlangan murid - murid berpotensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani serta kepatuhan kepada Tuhan. Usaha gigih ini kelak melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketerampilan bagi menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

Falsafah Pendidikan Sekolah

Melakukan usaha secara berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

May 25, 2015

Kem Kepimpinan Pelajar 2015

Pada 22 Mei hingga 24 Mei 2015, Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Perpustakaan telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar yang disertai oleh seramai 102 murid yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 sehingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Simunul.

Pelajar ini terdiri daripada Pengawas, Pembimbing rakan sebaya, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Terima kasih kepada semua pihak kerana menjayakan program ini.


Pengawas Sekolah

Pustakawan Sekolah

Pembimbing Rakan Sebaya


Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas